DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

> Bahasa Malaysia > Tentang > Lagi Mengenai > Asal-usul DoudouLinux
WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Asal-usul DoudouLinux

October 2011

All the versions of this article: [čeština] [English] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский] [Tiếng Việt]

"Doudou" adalah perkataan Perancis yang bermakna sedap dipeluk, patung beruang Teddy atau kain (bantal kecil) yang dibawa oleh kanak-kanak ke mana-mana dan memeluknya dengan kuat sebelum tidur. Di China perkataan 豆豆 juga membawa makna dan sebutan yang sama. Linux adalah sebuah sistem penuh komputer yang kurang yang diketahui oleh orang ramai. Ia boleh mengendalikan pelbagai jenis komputer, dari yang terkecil kepada yang terbesar. Oleh itu DoudouLinux mensasarkan untuk menyediakan kanak-kanak dengan "komputer pilihan mereka", alat yang sesuai dengan keperluan mereka dengan baik sehinggakan mereka mahu membawanya ke mana-mana sahaja! Dan kerana penggunaan lesen DoudouLinux sangat permisif, mereka sememangnya boleh mendapatkan dan membawanya ke mana-mana.

Apa yang menyebabkan pembangunan DoudouLinux?

  • aplikasi permulaan, yang sepatutnya mudah untuk dicari
  • menala tetikus, menala kelantangan bunyi, akhirnya menetapkan susun atur papan kekunci [1] atau mengubah resolusi skrin
  • menyambung beberapa peranti luaran seperti kekunci USB atau pencetak
  • akses kerja-kerja yang disimpan sebelum ini, tentunya
  • menyambung ke rangkaian, contohnya Internet
  • menghidupkan dan mematikan!

Mana-mana fungsi tambahan adalah pilihan, dan apabila beberapa penalaan dilakukan, pengguna hanya perlu bekerja dengan aplikasi dan data mereka dan kadang-kala memalam masuk peranti luaran. Untuk mencapai matlamat ini, sistem mesti ditala sendiri seberapa banyak yang mungkin. DoudouLinux cuba untuk membina persekitaran yang hanya melakukan semua ini. Anda mungkin perasan yang konsol permainan lebih mudah untuk digunakan daripada komputer. Kebenarannya adalah konsol permainan komputer juga, jadi mengapa komputer harus jauh lebih rumit untuk digunakan?

Sejarah projek

DoudouLinux datang dari beberapa siri ujian dan pemikiran mengenai sistem Linux. Di samping itu untuk menjadi amat berkuasa dan serba boleh [2], Linux secara natifnya memberikan sejumlah aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ataupun khusus kepada mereka. Walau bagaimanapun, sama dengan semua sistem lain yang dipasang pada komputer masyarakat umum, antara muka Linux standard biasanya direka untuk orang yang sudah mengendalikan komputer dengan baik. Sejak awal matlamat projek DoudouLinux adalah untuk menjadikan Linux sebagai komputer dengan mudah diakses untuk kanak-kanak.

Ujian pertama dilakukan pada akhir 2006 dengan anak-anak pengasas projek (berumur 3 dan 4 tahun pada masa itu). Ia dengan serta merta menunjukkan dengan jelas bahawa antara muka komputer standard tidak sesuai untuk perkara yang sangat mudah: mereka tidak boleh membaca ayat-ayat yang terdapat di dalam menu! Ujian pertama dengan sesi yang berdasarkan panel ikon kemudian dijalankan dalam persekitaran standard [persekitaran Gnome dalam hal ini]]. Beberapa aplikasi boleh dilancarkan dengan ikon ini dan populariti mereka telah dinilai: Gamine, Pysycache, TuxPaint, KTuberling, GCompris, Childsplay.

Kemudian persekitaran yang dibangunkan untuk kanak-kanak dengan sengaja ditetapkan: sesi dengan antara muka tab seperti EeePC dan sesi yang hanya memulakan aplikasi tunggal. Terdapat dua motivasi. Dalam persekitaran standard, kami mendapati kita cuba menghalang atau menyembunyikan fungsi (jatuhan menu, ikon pada desktop, menu konteks, pengurus fail, dll). Sebaliknya anak-anak yang sangat kecil (2-3 tahun) tidak memahami peranan tetikus dan juga kurang memahami peranan papan kekunci. Oleh itu adalah tidak bijak untuk meletakkan mereka dalam persekitaran di mana anda perlu untuk memilih apa yang ingin anda lakukan antara 50 aplikasi! Jadi adalah lebih baik untuk memulakan semula dari alam sekitar yang minimum dan membina ke atasnya.

Acara terakhir dilakukan pada akhir 2009 apabila pengasas projek menyedari bahawa menjana LiveCD tersuai yang berdasarkan Linux Debian benar-benar mudah [3]. Sebelum ini, DoudouLinux sekadar satu set skrip serta penalaan yang lebih atau kurang manual untuk menjurus kepada persekitaran yang disesuaikan untuk anak-anak-kanak. Dengan LiveCD, persekitaran yang sedia untuk digunakan, mudah untuk disebar, mudah untuk diuji, mudah untuk diterjemahkan - sekurang-kurangnya kami berharap begitu - dan mudah untuk dipasang, akhirnya "autorun CD" dibina.

Mengapa menggunakan Linux?

Pada masa ini kebanyakan orang hanya tahu Windows ® kerana industri pengkomputeran umum tidak memberi mereka peluang untuk menerokai perkara lain [4]. Walau bagaimanapun sistem Linux menjalankan sejumlah besar komputer di dunia: dari kotak ADSL hinggalah kalkulator terbesar dunia, termasuk telefon mudah alih atau pelayan internet, senarai tersebut berkembang secara berterusan. Kami memilih menggunakan Linux atas sebab-sebab berikut:

- * Linux secara natifnya didatangkan dengan sejumlah besar aplikasi yang sebahagian daripadanya dikhususkan kepada kanak-kanak. Selain itu sistem tersebut benar-benar menguruskan aplikasi ini, yang memberikan jaminan supaya ia dapat hidup bersama dengan harmoni.
- * Linux memerlukan sumber yang lebih kurang daripada pesaingnya ® Mac OS X dan Windows ®. Hanya 10 hingga 20 GB diperlukan untuk memasang sistem ini, kita boleh mendapat sistem penuh dan benar-benar menjalankan persekitaran kerja hanya pada 0.7 GB bersamaan satu CD ... Tidak perlu komputer yang terkini, komputer dari awal tahun 2000 sudah mencukupi untuk menjalankan DoudouLinux.
- * Linux secara natifnya didatangkan dengan semua pemancu yang disahkan untuk panel perkakasan yang sangat luas dan ia mengkonfigurasi pemacu tanpa sebarang tindakan pengguna.
- * Linux sememangnya boleh diubahsuai sepenuhnya kerana ia adalah satu sistem yang terbuka sepenuhnya di mana tiada apa yang tersembunyi dari pandangan mereka yang ingin tahu, semuanya boleh diubah suai untuk mendapatkan sistem yang benar-benar diperlukan.
- * Linux adengan apa cara sekalipun tidak diancam oleh berjuta-juta virus dan malware lain yang tersebar di Internet atau pada peranti USB [akhir 2010, kira-kira 60 000 malware baru ditemui setiap hari ...]].
- * Linux adalah sistem yang stabil, boleh dipercayai dan diuji dengan baik. Ia tidak merosot mengikut masa terutamanya prestasinya tidak berkurangan dalam beberapa minggu.
- * Alatan Linux yang berkuasa telah ditulis untuk dengan mudah mewujudkan sistem autorun pada CD atau kekunci USB seperti DoudouLinux.
- * Linux lebih menyeronokkan daripada pesaing bagi yang mahir! Sudah tentu latihan yang panjang diperlukan :).
- * Akhirnya, lesen Linux membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakan, menyalin dan menyebar semahunya tanpa mengira negara asal [5] sedangkan pesaing Linux Mac OS ® X dan Windows ® mahu sebaliknya dan cuba menghalang kita dari berbuat demikian.

Hanya terdapat dua kelemahan 1) perkakasan yang paling terkini mungkin tiadak dikendalikan dengan betul dan 2) ada orang yang dapat menahan dirinya dari menggunakan selain daripada apa yang dia sudah tahu. Jika anda terus merasakan bahawa kita masih perlu memilih Windows ® dan mempersoalkan bahawa ini adalah sistem yang paling diedarkan pada komputer peribadi, kami menjemput anda untuk membaca halaman Mengapa menggunakan DoudouLinux supaya cuba secara tidak langsung menjawab persoalan ini.

Footnotes

[1] Susun atur papan Kekunci bagaimana huruf diletakkan pada papan kekunci.

[2] Linux menjadikan kotak ADSL anda berjalan, telefon bimbit anda termasuk juga 95% daripadasuper-komputer yang paling berkuasa di seluruh dunia ...

[3] Tetapi pengubahsuaian mungkin, sebaliknya, bukan mudah.

[4] Sudah tentu terdapat komputer Macintosh tetapi ianya harganya lebih mahal.

[5] Lesen perisian Amerika mengatakan tidak boleh dijual dalam senarai negara-negara yang tertentu - atas sebab-sebab politik, dengan itu sama sekali tidak menghiraukan keperluan penduduk mereka.


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0