DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.

Fail Terjemahan

October 2011

All the versions of this article: [Deutsch] [English] [français] [Bahasa Malaysia] [русский]

Untuk memudahkan kerja-kerja orang yang berminat dalam meningkatkan atau memulakan terjemahan DoudouLinux, kami menyediakan pada halaman ini arkib dalam format .tar.gz yang mengandungi fail terjemahan CD. Walaupun kami menggalakkan para penyumbang kami untuk beralih ke portal terjemahan dalam talian TransiFex, arkib ini masih disediakan kerana anda boleh mendapatkan semua fail terjemahan sekaligus dengan mudah. Namun kami tidak membina arkib secara tetap jadi kandungannya boleh menjadi usang. Lebih-lebih lagi bahasa tambahan boleh didapati pada portal dalam talian dan status terjemahannya juga dipaparkan. Akhir sekali, portal tersebut mengemaskini fail dua kali sehari secara automatik dari repository kod sumber kami.

Sila ambil perhatian bahawa anda akan mendapati fail yang digunakan untuk membina persekitaran DoudouLinux dan fail aplikasi yang telah dikenal pasti sebagai memerlukan terjemahan (ke lebih baik). Bergantung kepada bahasa, beberapa aplikasi yang lain juga mungkin memerlukan kerja-kerja tambahan.

Portal terjemahan dalam talian

TransiFex menjadi tuan rumah projek terjemahan DoudouLinux. Anda boleh terus mengakses halaman untuk bahasa anda, ini adalah satu-satunya kaedah yang boleh didapati pada masa ini disebabkan oleh pepijat pada pelayan TransiFex. Untuk mengambil bahagian dalam projek ini, anda perlu mewujudkan akaun pada TransiFex. Kemudian, anda perlu memohon untuk menyertai pasukan terjemahan DoudouLinux bahasa anda. Jika pasukan bahasa anda belum wujud lagi, sila hubungi kami.

Projek DoudouLinux pada TransiFex mengandungi banyak komponen yang secara umumnya sesuai dengan aplikasi yang diterjemahkan. Terdapat juga beberapa komponen yang digunakan untuk menghasilkan dokumen PDF dan rangka laman web. Anda boleh melawat laman komponen tersebut untuk melihat fail terjemahan mana yang boleh didapati. Jika terdapat fail bahasa anda, anda boleh memuat turun, menterjemah kemudian mengemukakan semula menggunakan butang submit secara dalam talian.

TransiFex menyediakan penyunting dalam talian tetapi kami menyarankan untuk tidak menggunakannya kecuali untuk pembaikan yang kecil. TransiFex tidak menyimpan salinan tempatan pengubahsuaian anda. Apabila anda menekan butang submit, fail anda akan dihantar kepada pentadbir yang perlu menghantar kepada repositori kod sumber kami. TransiFex hanya mampu untuk mendapatkan fail dari repository kod sumber kami dan tidak akan mengemas kininya sebelum kami menghantarnya ke repositori kod sumber kami.

Pakej fail bahasa

Anda hanya perlu memuat turun arkib di bawah yang sepadan dengan bahasa anda dan nyahmampatnya. Anda akan mendapat penjelasan tentang peranan fail yang terkandung di dalam laman Menjana DoudouLinux dalam bahasa lain. Ianya adalah fail teks yang perlu diubah suai dengan menggunakan penyunting yang dapat mengendalikan pengekodan utf-8. Bagi fail *.po dan *.pot, sebagai alternatif anda juga boleh menggunakan penyunting terjemahan yang serasi dengan Gettext seperti PoEdit sebagai contoh.

Nota: teks-teks rujukan untuk terjemahan teks berasal daripada bahasa Inggeris dan Perancis.

Pakej fail terjemahan
Bahasa Fail Saiz
Bahasa Arab doudoulinux-2013-12-05-l10n-ar.tar.gz 4.4 MB
Greek doudoulinux-2013-12-05-l10n-el.tar.gz 5.4 MB
French doudoulinux-2013-12-05-l10n-fr.tar.gz 27 MB
Hindi doudoulinux-2013-12-05-l10n-hi.tar.gz 3.9 MB
Japanese doudoulinux-2013-12-05-l10n-ja.tar.gz 4.6 MB
Russian doudoulinux-2013-12-05-l10n-ru.tar.gz 10 MB
Serbian (Cyrillic) doudoulinux-2013-12-05-l10n-sr.tar.gz 12 MB
Ukrainian doudoulinux-2013-12-05-l10n-uk.tar.gz 15 MB
Chinese (China) doudoulinux-2013-12-05-l10n-zh_CN.tar.gz 1.4 MB

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami jika anda tertanya-tanya atau menghadapi kesulitan. Kami dengan senang hati akan membantu anda dan kami terlebih dahulu mengucapkan terima kasih di atas bantuan penting yang akan anda berikan kepada projek ini! :-)


identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0