Komputer pilihan mereka!
The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]
All the versions of this article: [čeština] [Deutsch] [English] [français] [italiano] [Bahasa Malaysia] [română] [русский]
Kanak-kanak yang baharu menerokai penggunaan tetikus pada permulaannya tidak mempunyai pergerakkan yang cukup tepat untuk meletakkan kursor di tempat yang betul. Atas sebab ini DoudouLinux mengubah kelajuan tetikus bergantung kepada aktiviti-aktiviti. Dengan cara ini komputer akan mendapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak dan bukan sebaliknya. Tetikus bergerak perlahan dalam menu aktiviti dan dalam aktiviti-aktiviti yang mensasarkan kanak-kanak kecil, kurang perlahan dalam aktiviti-aktiviti pertengahan dan normal dalam aktiviti-aktiviti yang lebih maju.
Juga dalam aktiviti-aktiviti yang lebih maju, kelajuan tetikus boleh ditala jika didapati tidak sesuai. Sudah tentu alat ini terdapat pada tab "Penalaan". Tidak seperti kebanyakkan sistem umum sering cadangkan, penetapan tetikus di DoudouLinux memerlukan pengguna memilih hanya antara 4 mod :
Ia akan berkuat kuasa serta-merta dan disimpan di dalam pilihan aktiviti. Walau bagaimanapun, jika data kekal tidak diaktifkan, tetapan akan hilang setelah reboot.
Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA