DoudouLinux DoudouLinux

Komputer pilihan mereka!

The site's languages [ar] [cs] [de] [en] [es] [fa] [fr] [it] [ms] [nl] [pt] [pt_br] [ro] [ru] [sr] [sr@latin] [th] [uk] [vi] [zh]

Halaman Depan > Bahasa Malaysia > DoudouLinux 2.1 telah keluar!

DoudouLinux 2.1 telah keluar!

Friday 6 December 2013

Berkongsi dengan Digg Berkongsi dengan Reddit Berkongsi dengan Twitter Berkongsi dengan Facebook Berkongsi dengan YCombinator Berkongsi dengan DZone Berkongsi dengan Slashdot Berkongsi dengan StumbleUpon Berkongsi dengan Del.icio.us Yoolink LinkedIn

DoudouLinux versi 2.1 telah keluar! Selepas beberapa bulan menunggu hasil, ini adalah kemas kini pertama DoudouLinux Hyperborea 2.0. Semestinya ia membawa beberapa penambahbaikan, kemas kini, perbaikan, dua aplikasi baharu, tetapi bukan itu sahaja :). Kami amat berbangga mengumumkan dua lagi perkhidmatan baharu kini secara rasmi disediakan kepada pengguna dan penyokong kami:

  • Kedai dalam talian, Kedai Doudou, kini dibuka. Ia diuruskan oleh persatuan DoudouLinux, organisasi bukan untung khusus untuk menyokong perkembangan projek dan pembangunan. Anda boleh mendapatkan DVD yang cantik dengan grafik DoudouLinux Hyperborea serta bahan-bahan promosi. Silalah lawatinya!
  • Rakan kongsi baharu kami, Écodair, yang berpangkalan di Paris (Perancis), telah memulakan rangkaian komputer DoudouLinux. Mereka menjual komputer yang diubahsuai dengan DoudouLinux sedia dipasang dan, sebagai tambahan, mereka akan membiayai persatuan bukan untung kami sebagai balasan. Sungguh hebat!

Kini semua produk dan cenderamata DoudouLinux boleh diakses dari halaman baharu produk dan peruncit. Sebagai alternatif, anda masih boleh menderma atau menyumbang kepada projek kami, kami sangat berfikiran terbuka, untuk memberitahu kebenaran. :) Mari kita lihat keluaran 2.1! Perubahan utama adalah seperti berikut:

  • sokongan rangkaian Wifi ad-hoc, yakni hotspot
  • pemacu pencetak terkini dari openprinting.org kini disertakan
  • aplikasi baharu untuk memantau penggunaan komputer
  • aplikasi baharu menerangkan bagaimana untuk membantu projek kami;)
  • banyak kemaskini terjemahan dan bahasa rasmi baharu, Punjabi
  • pemberitahuan pelancar aplikasi lebih cantik
  • Pysycache dan cara kemasukan diperbaiki dalam versi China
  • hak pentadbiran aktiviti diperbaiki
  • dan banyak lagi...

Seperti yang anda lihat, keluaran versi 2.1 mengambil sedikit masa tetapi terdapat banyak perkara baharu dan menarik, bukan hanya pada DVD sahaja, dan ini hanyalah sebagai permulaan - sekurang-kurangnya itulah jangkaan kami! Baca lagi...

identica logo facebook logo google+ logo

Lokasi geografi pengunjung

DoudouLinux logo Debian logo TSPU logo Genesi logo Gandi logo Hosting Extreme logo Linux Jobs Reviewed by I love Free Software

Creative Commons Copyright © DoudouLinux.org team - Semua teks dalam laman ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons BY-SA

SPIP | template | Peta Laman| Follow-up of the site's activity RSS 2.0